Apa yang kita tahu pasal gadget ? Gadgets memberi manfaat kepada kita atau hanya sekadar teknologi yang menyusahkan manusia ? Sebagai masyarakat pada era 2000, gadgets adalah peralatan yang berteknologi tinggi yang dicipta untuk memudahkan kerja manusia. Contoh gadget yang selalu digunakan dalam masyarakat zaman sekarang adalah komputer riba dan telefon bimbit. Jika kita bercakap tentang peralatan teknologi canggih, kita akan selalu dikaitkan dengan pelbagai jenama kan ? Jadi sesetengah jenama tersebut adalah hp, Apple , LENOVO, SAMSUNG, DELL dan Oppo. Sejak dunia semakin maju, anak-anak muda dan juga pelajar-pelajar terlalu obses dengan gadgets sehingga mereka merasakan jika tiada gadget tiada lah hidup bagi mereka. Ini membuktikan bahawa gadgets adalah satu kemestian yang seseorang ingin dan wajib mahukan dalam kehidupan seharian mereka. Jadi sekarang, blog ini akan menerangkan tentang ciri-ciri sesetengah jenama komputer riba dan telefon bimbit yang digunakan pada zaman ini.

Komputer 

Apa itu komputer : Komputer adalah satu peralatan elektronik yang direka bentuk untuk bekerja dengan informasi. Perkataan computer berasal daripada bahasa Latin ‘computare’, yang bermaksud untuk mengira atau mesin yang boleh diprogramkan. Komputer tidak boleh berbuat apa-apa jika tidak mempunyai proram. Ia mewakili nombor perpuluhan melalui rentetan digit binari. Perkataan ‘computer’ selalunya merujuk kepada Center Processor Unit plus Internal memory.

computer

Peranti Mudah Alih ( Mobile Device )

Peralatan ( device ) telekomunikasi elektronik, yang selalunya merujuk kepada telefon bimbit. Telefon bimbit disambung pada rangkaian komunikasi tanpa wayar melalui gelombang radio atau transmisi satelit. Kebanyakan telefon bimbit menyediakanvoice communications, Short Message Service (SMS), Multimedia Message Service (MMS), dan telefon terbaru mungkin juga menyediakan servis Internet seperti melayari laman web dan e-mel.